APRESIASI FILEM PATUH SYARIAH
- MARFIRATUN AZIZAN.
- Apr 24, 2015
- 2 min read
USIM- Setiap filem yang dihasilkan sudah semestinya membawa idea berserta matlamat tersendiri. Namun, sejauh manakah tema “Apresiasi Filem Patuh Syriah” perlu diangkat dan diterima oleh semua masyrakat? Patuh syariat adalah sesuatu yang berkait rapat dengan sesuatu yang berkonsepkan islamik atau unsur-unsur keagamaan.
Hakikatnya,sentimen ‘patuh syriah’ itu mestilah wujud dalam diri individu mahupun kumpulan itu sendiri terlebih dahulu sebelum merka memperkenalkan apresiasi filem patuh syariah di mata masyarakat dunia. Namun, aspek ini harus diangkat sebagai satu seni dalam industri perfileman bagi menelusuri dakwah islamiah.
Menurut pandangan Dr. Maszlee Malik, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), juga soeorang penulis buku berjudul “ Risalah Pemuda Muslim” keluaran Telaga Biru, filem merupakan satu medium dan ruang yant terbaik untuk menyampaikan ideologi-ideologi berasaskan islami.
“Filem terbaik haruslah mempunyai bnyak lapis (layer) dan dinilai melalui landasan cerita, moral yang tinggi, ciri komersial, sifat semulajadi, sistem yang original, serta dialog dan bahasa yang sangat bagus,” kata Kamal Arifin, salah seorang daripada Pengkaji Filem di Malaysia di dalam sebuah forum.
Sebagai contoh, filem “A Separation” dari Iran, berbahasa Parsi yang diarahkan oleh Asghar Farhadi, merupakan antara sebuah filem yang boleh dikategorikan sebagai aprresiasi filem patuh syariah. Secara ringkas, filem ini mampu menghantar rasa bersama pemikiran dan sekali gus meletakkan gambaran cerita sebenar dan di dalam minda penontonnya.
Filem ini telah berjaya merangkul lebih dari 50 anugerah di mata dunia pada era Khatimi bangkit menjadi Perdan Menteri Iran, beliau seorang Perdana Menteri berjiwa intelektual yang mampu membawa satu revolusi Iran dalam menguatkan agama melalui industri perfileman dan Iran diakui sebagai pengeluar filem yang terbesar dunia.
Apresiasi filem patuh syariah ini tidak menafikan nilai dan realiti sebenar kemanusiaan dan setiap perkataan yang diungkapkan mampu menggambarkan sesuatu. Kita boleh mempelajari tentang ‘sound of silence’ sebagai bunyi yang paling indah, ‘warna bagi orang buta’ sebagai wrna yang paling cantik, ‘perkataan yang tidak diungkapkan’ sebagai perkataan yang sangat berharga.
Oleh itu, orang-orang yang terlibat dalam bidang media perfileman terutamanya, haruslah menyeru golongan ilmuan dari kepompong Utopia mereka di dalam bidang ini supaya filem terbaik seperti ini terus berkesinambungan. Gabungan orang yang mempunyai ilmu, pengalaman, dan teknik sudah pasti mampu menzahirkan filem yang solid tentang apresiasi filem patuh syariah.

Sebahagian ahli panel yag memberikan penerangan ketika forum apresiasi filem patuh syariah.
コメント