KAMPUS BEBAS DADAH
- SITI MARIANI IBRAHIM
- May 8, 2015
- 2 min read

Salah satu aktiviti dalam Program Kampus Dadah.
NILAI, 29 April - Pelaksanaan program pendidikan pencegahan dan kesedaran dadah terutamanya terhadap mahasiswa adalah penting bagi membentuk sahsiah murni hidup bahagia tanpa dadah dalam mencapai matlamat sifar dadah menjelang wawasan 2020.
Sehubungan dengan itu, satu Program Kampus Dadah dilaksanakan oleh mahasiswa Kaunseling tahun tiga dengan kerjasama Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan dadah (SPADA) bertujuan menyebarluaskan hal-hal yang berkaitan bahaya penggunaaan dadah khususnya kepada mahasiswa.
Program yang berlangsung di sekitar Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa meski pun rata-ratanya sibuk dengan tugasan masing-masing.
Menurut Zuriani Zulkifli, dari SPADA berkata, program berkenaan dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada mahasiswa. " Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang bahayanya dadah dan kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat selain berharap agar warga USIM khususnya memperoleh kefahaman dan kesedaran secara ilmiah tentang bahaya dan kesan pengambilan dadah",
"Umum sudah mengetahui tentnag bahayanya dadah. Namun tahap kesedaran dalam diri mahasiswa masih lagi di tahap membimbangkan. Justeru, penganjuran program sebegini sedikit sebanyak membantu mereka supaya lebih peka akan hal ini". ujarnya.
Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Agensi Antidadah Kebangsaan AADK, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain ceramah jemputan Imam Muda Amar berkaitan perspektif islam dalam penyalahgunaan dadah.
Muhammad Faiz Hamdan, penganjur program berkata, program ini memberi satu kesan yang positif kepada mahasiswa. " program sebegini memberi satu impak positif dalam kalangan mahasiswa terutama yang masih lagi terkeliru dengan penggunaan dalam dalm ubat-ubatan contohnya, dan kebanyakan mereka yang hadir memberi maklumbalas positif terhadap program ini dan berharap supaya ianya dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang", jelasnya.
Bagi mahasiswi Nor Shuhada Wahab pula berkata, program sebegini dapat memberi banyak manfaat kepadanya dan orang lain. " saya boleh memahami dengan lebih lanjut lagi tentang dadah yang sebelum ini agak kurang jelas dan dengan penganjuran aktiviti sebegini warga USIM boleh membezakan antara salah guna dadah dan menggunakan dadah secara sah iaitu kami boleh mengetahui saluran yang betul sekiranya terdapat bibit-bibit penggunaan dadah secara terlarang". katanya.
Sebagai penganjur program, SPADA dan mahasiswa Kaunseling berharap agar warga USIM menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam membanteras masalah penyalahgunaan dadah dan menjadikan USIM sebagai Universiti yang kondusif bebas tanpa dadah.
Salah satu video tentnag penggunaan dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan.
Comentarii