GST : MAHASISWA IKAT PERUT?
- SITI MARIANI IBRAHIM
- Jun 3, 2015
- 2 min read

Antara ahli penal yang memberi penerangan berkaitan GST.
USIM, 26 Mac 2015- Satu program bicara ilmiah yang menyingkap tentang isu pelaksanaan sistem cukai baharu, GST berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah Pusat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
SekreFem dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal pelajar, menganjurkan program berkenaan bertujuan mengupas lebih lanjut mengenai sistem cukai GST yang bakal digunakan negara Malaysia menjelang 1 April 2015 nanti.
GST atau dalam bahasa inggerisnya Good and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai.
Program ini menampilkan pensyarah dari USIM iaitu Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman dan Dr. Izlawanie Muhammad. Juga, Abdul Muiz Abdul Hakim iaitu Yang di Pertua (MPP) sebagai panel jemputan program.
Program ini merupakan salah satu pendekatan kepada mahasiswa untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem cukai GST. Malah bicara ilmiah ini juga mengupas tentang hukum GST dalam islam dan kesan pelaksanaannya kepada negara.
Dr.Izlawanie berkata, sistem cukai yang bakal digunakan negara menjelang 1 April nanti adalah sangat bangus. " Sistem cukai GST ini sangat bagus kerana rakyat akan dapat manfaatnya bersama".
"GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan", katanya.
Menurut beliau lagi, melalui program sebegini mahasiswa dapat memahami dan menjadi pengguna yang bijak. " Saya berharap agar sistem cukai GST ini dapat menjadi transformasi kepada sumber ekonomi Malaysia dan kita sebagai pengguna harus menggunakan kuasa memilih dan bijak dalam menguruskan kewangan", ujarnya mengulas isu GST.
Bagi Abdul Muiz pula berpendapat, masih ramai mahasiswa yang terkeliru dengan sistem GSt ini. " Mahasiswa mungkin ramai yang mengetahui tentang istilah GST, tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana sistem pelaksannan cukai ini dibuat", jelasnya.
Tambah beliau lagi, program ilmiah seperti ini boleh dianjurkan lagi oleh persatuan atau kelab-kelab yang ada di setiap universiti agar butiran mengenai sistem GST ini lebih jelas.
Nur Liyana, wakil mahasiswi yang hadir ke program tersebut berpendapat bahawa isu-isu dan implikasi terhadap penggunaan sistem cukai ini perlu diambil tahu oleh mahasiswa dan mahasiswi. " sebagai mahasiswa kita harus menjadi penguna yang peka terhadap situasi yang berlaku di sekeliling contohnya isu GST yang hangat diperkatakan sekarang ini", ujarnya.
Program seperti ini, menjadi tunjang kepada kefahaman mahasiswa yang hadir untuk mengetahui dengan lebih terperinci isu ini.
Antara video penerangan tentang cukai GST.
Comments