1600 ORANG PENONTON PENUHI DEWAN BESAR
- NAILI HUSNA
- May 8, 2015
- 2 min read

Dracula antara salah satu watak yang dipersembahkan dalam pementasan.
USIM – Seramai 1600 orang telah meghadiri Mock Trial ke 4 bertajuk Sinistra : Antara Dua Jalan di Dewan Besar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 24 April lepas. Kesemua tiket habis terjual sebelum hari pementasan lagi.
Naib Canselor, Dato’Dr. Musa Ahmad juga turut hadir dan merasmikan pembukaan Mock Trial kali ini dengan gimik yang menarik. Beliau berkata bahawa beliau sangat teruja tatkala mula-mula melihat tajuk persembahan kali ini kerana beliau ingin tahu apakah erti sinistra yang dimaksudkan oleh pementasan ini. Sebelum hadir, beliau turut mencari makna sinistra, katanya, sinistra berasal dari bahasa latin bermaksud kiri.
Selain daripada pelajar USIM sendiri, pementasan kali ini turut dihadiri oleh sekumpulan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang datang untuk melihat sendiri bagaimana Mock Trial ke4 ini dipersembahkan. Menurut Zul Arid’z bin Zulkifli yang datang bersama rakan-rakan sekelas berkata, “Ini kali pertama saya datang melihat Mock Trial di USIM dan ianya menarik serta sambutan penonton amat menggalakkan”.
Abdul Rahim bin Ab. Kahar yang memegang watak sebagai pendakwa raya berkata,”Dalam pementasan ini, saya perlu berwatak tegas yang ditugaskan untuk mendakwa penama dengan menunjukkan bahawa penama memang mengambil dadah dan cuba untuk membuatkan si penama mengaku kalah atas tuduhan tersebut”. Beliau dalam pementasan kali ini ditetapkan menjadi pendakwa raya bernama Arjuna Rampai bin Teratai Layu Ditasik Madu.
Pengarah program, Muhammad Fadhil bin Ab. Razak, pelajar tahun 4 Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU), mengaku sebelum pementasan ini berjaya dengan jayanya, pelbagai konflik perlu dihadapi seperti pemilihan jalan cerita yang boleh menarik minat penonton, serta perlu menghadapi karenah pelakon-pelakon yang pelbagai ragam.
Tambah beliau, “Kehadiran hari ini diluar jangkaan saya kerana saya hanya menaruh harapan hanya 1000 penonton yang hadir tetapi alhamdulillah pementasan kali ini berjaya menarik minat siswa dan siswi USIM untuk dating menonton Mock Trial kali ini.
Pementasan kali ini telah disponsor oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Zalora dan Stracomm.






Comments