top of page
Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search

PERASMIAN PROJEK "GOLDEN DAY GOLDEN OIL"

  • SITI MARIANI IBRAHIM
  • May 8, 2015
  • 2 min read

IMG-20150422-WA0024.jpg

Diantara aktiviti yang dijalankan ketika program perasmian "Golden Day Golden Oil".

USIM, 22 April - Seramai 45 orang ahli Golden Oil terlibat dalam menjayakan program perasmian "Golden Day Golden Oil" bertempat di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.


Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), iaitu Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustaman diikuti kata-kata aluan daripada Puan Siti Nurul Huda Nordin dan Dr. Mohd Yazis Ali Basah iaitu penasihat Kelab Enactus USIM.


Golden Day Golden Oil merupakan salah satu projek dibawah kelab Enactus USIM yang menjalankan kerja-kerja pengumpulan sisa minyak masak terpakai. Objektif program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada orang awam mengenai keburukan penggunaan minyak masak terpakai, juga cara untuk mengelakkan pembuangan minyak masak sewenang-wenangnya.


Menurut ketua projek, Ahmad Mahdiyuddin Abd Manan berkata, projek ini sangat menguntungkan. " projek ini adalah bersifat win-win situation dimana orang awam akan mendapat bayaran hasil daripada sumbangan minyak masak terpakai malah negara juga terhindar dari pencemaran sisa pembuangan minyak masak".


"Bagi projek Golden Oil ini, kami meletakkan sasaran sebanyak 10,000 kilogram minyak masak untuk dikumpulkan walaupun mengalami sedikit kekangan kekurangan pekerja. Justeru kami berharap agar lebih ramai lagi yang berminat untuk menyertai projek ini", ujarnya.


Projek ini juga bekerjasama dengan dua buah syarikat yang mengitar semula minyak terpakai iaitu Syarikat Uni10 Energy Sdn. Bhd dan Kriss Biofuel Sdn. Bhd.


Syahrul Azwa Idris, pengurus operasi Uni10 Energy Sdn. Bhd pula berkata, terdapat banyak kesan buruk dari penggunaan minyak masak berulang kali, " penggunaan secara berulang kali boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi akan mengalami suatu siri tindak balas kimia yang akan menghasilkan pelbagai jenis produk yang mengubah fizikal dan menjejaskan kualiti minyak tersebut",


"begitu juga kesan buruk terhadap alam sekitar, jika lebihan minyak masak terpakai dibuang ke dalam longkang atau saliran air, ia sekali gus memberi kesan negatif kepada sistem loji air, di tapak pelupusan, loji kumbahan dan yang paling penting ia boleh menyebabkan pencemaran yang sangat teruk ke atas sumber air", jelasnya.


Kata Nur Raishah ahli kelab Enactus pula, projek ini wajar dilaksanakan kerana minyak masak terpakai ini akan dijual kepada kilang-kilang yang memerlukan bagi tujuan mengitar semula minyak itu kepada minyak biodiesel untuk kegunaan kenderaan berat.


Program ini berakhir dengan tayangan video berkaitan projek untuk memberikan impak yang lebih mendalam kepada orang awam tentang objektif program ini dilaksanakan.


Salah satu video tentang projek-projek yang dilaksanakan Kelab Enactus USIM.

 
 
 

コメント


Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page