UM PRODUCTION JUARA REKA CIPTA VIDEO
- AMIRA MANSOR
- Jun 3, 2015
- 2 min read

Sebahagian ahli UM Production yang bergambar kenangan bersama hadiah yang dimiliki.
USIM- Pelajar Fakulti Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah (FPQS), Ukhuwah Macho atau lebih dikenali sebagai UM Production berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta video korporat interaktif jabatan perpustakaan peringkat USIM.
Menurut Mohd Hassanuddin Abu Jamil pelajar tahun 1 FPQS dalam pertandingan mencipta video peringkat USIM, ini merupakan kejayaan mereka yang kali ketiga selepas dua kali memenangi pertandingan seperti ini.
“Pada awalnya kami menyertai pertandingan seperti ini untuk suka-suka sahaja dan kami tidak sangka kami telah pergi sejauh ini”, ujar beliau.
Walaupun memiliki kekurangan dalam peralatan penggembaraan ianya tidak menjadi penghalang kepada krew UM Production untuk menyertai pertandingan ini.
“Bukan sahaja kami kekurangan set pengembaraan malah kami juga kekurangna pelakon dalam pembuatan video ini, walaubagaimanapun hasil kerjasama 11 orang ahli telah membolehkan kami berjaya melakukannya”, tambah beliau.
Manakala menurut salah seorang peserta pertandingan Siti Nor Laila pelajar tahun 3 FKP, beliau menyertai pertandingan ini kerana ia merupakan salah satu bidang yang diceburinya dan mempunyai platform dalam pembuatan video.
“Editing merupakan cabaran terbesar bagi kami dalam penghasilan video ini, namun ianya bukan penghalang kepada kami untuk terus menyertai pertandingan seperti ini,” kata beliau.
Bagi Nor Laili Selamat pelajar FKP tahun 3 berpendapat, pihak perpustakaan USIM perlu membuat lebih banyak aktiviti seperti ini, kerana ianya mampu menjadi salah satu alat untuk mempromosikan perpustakaan USIM kepada para mahasiswa USIM sendiri dan orang luar.
“Pertandingan seperti ini bagus kerana ianya salah satu inisiatif bagi menarik minat pelajar untuk datang ke perpustakaan dan dapat memberi informasi kepada mahasiswa bahawa perpustakaan bukan hanya memiliki buku semata-mata tetapi memiliki pelbagai fasiliti yang telah disediakan untuk pelajar,” jelas beliau.
Sambutan Hari Buku Sedunia peringkat USIM yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah yang diadakan di lobi perpustakaan USIM pada 25 Mei 2015.
Video kemenangan UM Production.
Kommentare