top of page
Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search

WACANA PENCERAHAN BERI PELUANG PENGAMAL MEDIA BERSEMUKA DENGAN ULAMAK

  • NAILI HUSNA
  • May 27, 2015
  • 2 min read

DSC_8325.JPG

Antara ahli penal yang memberi penerangan.

USIM – Fokus utama untuk memberi keterangan dan kefahaman kepada pengamal media mengenai garis panduan hiburan dalam Islam, wacana pencerahan garis panduan hiburan dalam Islam ini dilihat memberi peluang kepada para pengamal media untuk membuka soalan kepada panel-panel yang lebih arif mengenai perkara-perkara yang menjadi persoalan sejak Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Kedua diwartakan.


Majlis ini yang berlangsung di Galeri Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dibawah anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan USIM telah membawa dua panel tersohor iaitu YB Dato’ Haji Nooh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan YBhg. Dr Irwan Mohd Subri, Pengarah Institut Pegurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) sebagai ahli panel bagi wacana kali ini.


Sepanjang wacana berlangung, banyak isu yang diketengahkan antara yang menarik ialah isu percampuran antara lelaki dan perempuan di dalam satu majlis dimana Dr. Irwan ada menyebut bahawa percampuran memang tidak dapat dielakkan dalam sesetengah majlis walaupun percampuran itu tidak seratus peratus akan tetapi golongan yang terpaksa bercampur ini perlulah menjaga batas-batas pergaulan dan tidak berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan.

Manakala, Datuk Nooh berkata “Ada keterbukaan dalam membuat garis panduan ini, ianya bukanlah fatwa, garis panduan ini berkemungkinan akan dipinda jika diperlukan.”

Mengenai isu ayat Al-Quran dan Hadis yang dilagukan, Dr. Irwan berkata, bab Iqtibas ada dibincangkan dalam Ilmu Balaghah bahasa Arab dimana para ulamak membincangkan bahawa Iqtibas diharuskan selagi ia tidak membawa kepada Syirik. Iqtibas didalam Garis Panduan Hiburan Dalam Islam mendefinisikan Iqtibas ialah memetik sebahagian daripada Al-Quran atau Hadis, lalu disertakan dalam satu prosa atau syair.


Ketika ditemubual, Datuk Nooh berkata bahawa beliau melihat wacana ini sesuatu yang positif kerana ini adalah peluang untuk para ulamak bersemuka dengan pengamal media. Tambah beliau lagi, wacana seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan supaya melalui perbincangan bersama maka kata sepakat akan dapat diwujudkan diantara ulamak dan pengamal media.


Menurut Timbalan Presiden Munyid Malaysia, Encik Muhammad Hazamin Harun, beliau berkata wacana ini dapat mengawal hasil kerja karya penasyid supaya mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Tambah beliau lagi, “Saya lihat wacana ini sangat bagus cuma saya berharap ia dipanjangkan lagi menjadi satu bengkel dengan perincian yang lebih mendalam.”


Lagi berita mengenai wacana di sini

DSC_8480.JPG

DSC_8477.JPG

DSC_8286.JPG

DSC_8280.JPG

 
 
 

Comments


Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page