top of page
Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search

WAQF JIWA : DI MANA PERMULAANNYA?

  • SITI MARIANI IBRAHIM
  • May 8, 2015
  • 2 min read

P_20150507_220510.jpg

Ustaz Ghazali ketika memberi ceramah.

USIM, 7 MEI - Bersempena Konvensyen Keusahawanan Islam ke-11 (iCEPs11), satu program bicara ilmiah berlangsung dengan jayanya.


Program bicara ilmiah ini berkisarkan tentang Waqf Jiwa yang menjadi viral dalam kalangan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) khususnya. Bicara ilmiah ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat USIM, anjuran mahasiawa Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).


Ustaz Ghazali, penceramah bebas dijemput pada malam tersebut bagi mengupas dengan lebih lanjut maksud disebalik Waqf Jiwa yang menjadi bual bicara dalam kalangan mahasiswa FEM khususnya, berikutan iCEPs11 yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Objektif program ini dilaksanakan bertujuan memberi pengetahuan kepada mahasiswa tentang maksud Waqf Jiwa bagi meningkatkan kualiti hidup sebagai seorang muslim.


Menurut Muhammad Aslam Mohd sayuti, Pengarah iCEPs11 berkata, Waqf Jiwa merupakan satu konsep yang ingin diperkenalkan kepada semua warga USIM, " melalui pemahaman konsep ini, warga USIM dapat membuat kebaikan kepada masyarakat yang memerlukan",


"walaupun kekangan harta untuk menyumbang kepada masyarakat, mahasiswa boleh sahaja menyumbang dalam bentuk jiwa dan tenaga mereka kepada masyarakat", jelasnya.


Bicara ilmiah Waqf Jiwa ini berkait rapat dengan Konvensyen Keusahawanan Islam ke-11 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Justeru, pemahaman warga USIM tehadap konsep ini amat diharapkan oleh pihak penganjur.


Muhammad Anas Nasrudin pula berpendapat, bertepatan dengan tema iCEPs11 iaitu 'Ukhrawi dan Ummah Revolusi Keusahawanan Islam', kami menjadikan keusahawanan sebagai landasan untuk menuju ke akhirat.


"melalui keusahawanan ini kami menyumbang kembali kepada masyarakat dan ia sinonim dengan konsep Waqf Jiwa yang mana bukan sahaja menyumbang wang ringgit tetapi menyumbang tenaga kami untuk mencari dana bagi menggerakkan iCEPs11 pada tahun ini", katanya selaku Setiausaha Agung iCEPs11.


Shuhada Wahab pula berkata, program bicara ilmiah ini amat dinanti-nantikan. " program ini amat dinantikan oleh mahasiswa kerana kebanyakan mahasiswa masih lagi tidak jelas mengenai konsep Waqf Jiwa yang ingin dikaitkan dalam iCEPs11 nanti", katanya selaku mahasiswi yang hadir ke program tersebut.


Antara video yang mengupas tentang Waqf Jiwa iCEPs11.

 
 
 

Comments


Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page