top of page
Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts

'LARI' MENANG BESAR

  • NAILI HUSNA
  • May 8, 2015
  • 2 min read

IMG_20150425_223604.jpg

Pemenang bergambar dengan hadiah yang dimenangi.

USIM – Malam Anugerah Pertandingan Cipta Video Pendek dan Dokumentasi telah mengumumkan kemenangan berpihak kepada video ‘Lari’ ciptaan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST) tahun satu baru-baru ini.


Tidak dinafikan hasil karya lima sekawan ini sememangnya mampu meraih juara kerana video tersebut berjaya mengusik hati penonton dengan mesej yang berguna dan hasil kerja berseni. Setiap sudut yang diambil mampu membuat sesiapa sahaja yang menonton pasti terpegun.


Mereka yang terdiri daripada lima sekawan iaitu Mursyid Hakim bin Alias, Muhammad Zarif bin Faizul Raizal, Wan Ibrahim Thani bin Abd. Halim, Afif bin Ahmad Fauzi dan Amirul Afif bin Misran daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST).


Malah mereka bukan sahaja berjaya menjadi johan tetapi juga memungut lima anugerah lain iaitu Anugerah Penataan Seni Terbaik, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik, Anugerah Skrip Terbaik, Anugerah Video Paling Popular Pilihan Penonton dan Anugerah Pengarah Harapan.


Mereka yang mengaku bahawa banyak merujuk kepada senior yang juga dari FST dalam memilih sudut-sudut kamera yang menarik.

Selain itu, pertandingan video ini juga telah memilih ‘Indah’ hasil kerja pelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) sebagai naib johan dan ‘Ustazah Pilihan’ daripada pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) sebagai tempat ketiga. Masing-masing peroleh wang tunai sebanyak RM150 untuk naib juara dan RM100 bagi tempat ketiga.


Menurut Ketua Program Komunikasi, Puan Rosidayu binti Sabran yang juga salah seorang juri bagi pertandingan ini yakin bahawa kesemua video yang diterima oleh pihak juri mempunyai kelebihan tersendiri tetapi pemenang tempat pertama hingga ketiga mempunyai lebih kelebihan berbanding video lain.


Beliau menambah, sepanjang proses pemilihan pemenang dibuat, video ‘Lari’ dan ‘Indah’ masing-masing saling bersaing, kedua-dua video tersebut berjaya menghasilkan teknikal, pilihan sudut kamera yang artistik dan mesej yang menarik.


Menurut Muhammad Khalis b. Bahar, wakil dari kumpulan naib juara mengaku terhasilnya video ini berdasarkan kehendak Islam sendiri, Islam itu indah dan salah satu keindahan islam ialah kebersihan. Tambah beliau lagi, akan datang beliau akan bekerjasama dengan Stracomm bagi menyunting video raya USIM untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015.

Video pendek lari yang memenangi banyak anugerah.

IMG_20150425_215421.jpg

Antara hadiah yang dimenangi.

 
 
 

Comments


Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page