WISH OR WANT?
- SITI MARIANI IBRAHIM
- May 8, 2015
- 2 min read

Aiman Azlan dalam perucapan beliau.
USIM, 24 April - Program ilmiah santai yang membicarakan tentang hasrat atau kemahuan yang bertitik tolak dari sebuah impian sering berlaku dalam kalangan remaja pada masa kini.
Sehubungan dengan itu, vlogger Aiman Azlan dijemput bagi berkongsi pengalaman dan pandangan beliau tentang isu ini. Bertempat di Dewan Kuliah Pusat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), anjuran mahasisiwa tahun tiga Fakulti Syariaah Undang-undang, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa USIM khususnya.
Berfokuskan tiga persoalan iaitu apakah impian, tahap sayang kepada impian dan usaha bagi mencapai impian menjadi idea utama vlogger Aiman Azlan menghubungkaitkan hasrat dan kemahuan yang acapkali berlaku dalam kalangan remaja meskipun hal sedemikian dianggap remeh bagi sesetengah individu.
Menurut Aiman Azlan, tercapainya sesuatu impian itu disusuli oleh usaha yang jitu. "Untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, seseorang itu perlu mempunyai impian terlebih dahulu, dan disusuli oleh usaha yang jitu kearah mencapai impian tersebut", ujarnya.
Tambah vlogger itu lagi, " kita harus menjadi seperti pokok yang mencari matahari untuk hidup. Usaha dan kebergantungan kita kepada Allah juga perlu kuat untuk berjaya".
Mahasiswi Dakwah dan Pengurusan tahun 2, Nor Syaria pula berkata, selain minatnya terhadap vlogger yang dikenali itu, pilihan tajuk yang dikupas menarik minatnya. " Pilihan tajuk yang ingin dikupas bertepatan dengan kondisi kami berjiwa remaja yang masih terkeliru dan teraba-raba dalam mencapai matlamat hidup",
" ternyata program sebegini perlu lagi dianjurkan pada masa akan datang bagi manfaat mahasisiwi itu sendiri", katanya selaku mahasiswi yang hadir ke program tersebut.
Selain itu, rata-rata mahasiswa yang hadir kelihatan cukup teruja apatah lagi gaya vlogger jemputan itu yang sempoi membuatkan mereka lebih lebih fokus dan minat untuk mendengar segala butiran yang disampaikan.
Hasanah Suhaimi, selaku penganjur program berkata, objektif program ini adalah untuk berkongsi ilmu melalui pengalaman vlogger jemputan bersama mahasiswa yang hadir. " Ia juga merupakan salah satu wadah untuk memberi kesedaran mengenai kerja keras dan usaha untuk mencapai sebuah matlamat kehidupan di samping mencari jalan penyelesaian kepada mahasiswa yang masih dibelenggu oleh angan-angan kosong yang sekadar berkeinginan tetapi tiada usaha kearah merealisasikan impian tersebut", jelasnya.
Salah satu video yang dibuat oleh Aiman Azlan.
























Comments