top of page
Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search

ILMU TERAS DAKWAH ERA BARU

  • MARFIRATUN AZIZAN
  • Apr 24, 2015
  • 2 min read

20150423_210751.jpg

PU Azahani ketika menyampaikan forum.

NILAI- Sebuah forum ceramah bersama Pencetus Ummah (PU) Azahani telah dianjurkan oleh Lajnah Multimedia dan Penerbitan, di bawah Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) dengan kerjasama Geng Kartunis USIM (GENKU) sempena penutup ‘Media Week’.


Forum ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dalam diri mahasiswa tentang konsep ‘amar makruf, nahi mungkar’ iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sekali gus mengajak mahasiswa dalam menjaga kemaslahatan serta kesinambungan media dalam rangka dakwah islamiah.


Menurut PU Azahani, 31, Allah merupakan pemilik segala sesuatu termasuklah ilmu pengetahuan dan ilmu pengetahuan terhadap sesorang oleh ditarik, dikekalkan, dan ditambah oleh Allah maka, berhubung baiklah dengan Allah untuk ditambahkan ilmu pengetahuan kita.


Tambah beliau lagi, ilmu adalah suatu perkara yang boleh kita pelajari melalui zahir, yakni apa yang dilihat mata, didengar telinga, dan dirasa oleh pancaindera. Malah, ada empat jalan mudah untuk kita mendapatkan ilmu iaitu melalui melihat, mendengar, memikir, dan memahami.


Guru hanya mampu menyampaikan ilmu tetapi Allah lebih berkuasa dalam memberi ilmu kepada seseorang. Namun, hormatilah gurumu dengan akhlakmu kerana setinggi apa pun ilmumu, jika kamu tidada ahlak, kamu adalah hina.


Terdapat beberapa adab belajar ketika berhadapan dengan guru yang dikongsikan oleh beliau antaranya pamerkan muka yang manis di hadapan guru untuk menutup lubang fitnah, duduk tegak, pandang wajah guru, dan jangan sesekali tinggalkan gurumu sebelum dia habis mengajar.


Hakikat dakwah itu mudah namun, tidak ramai di antara kita yang menganggapnya mudah mungkin kerana mereka tidak tahu bahawa senyuman, muka yang manis, dan ucapan salam itu merupakan sebahagian daripada uslub dakwah.


Bagaimanapun, pengisian dakwah itu jauh lebih penting berbanding dengan uslubnya maka, pedakwah haruslah kreatif , berjemaah dalam menyampaikan dakwahnya agar tidak sampai lalai dan melalaikan orang yang didakwahkan.


Era baru ini bnyak membuka lubang-lubang syaitan yang sangat kuat seperti Facebook, Whatsapp, Wechat dan pelbagai aplikasi lain yang sewaktu dengannya namun, ianya mampu menjadi saluruan dakwah yang sangat berkesan apabila kita bersedia melakukannya.


Sekiranya kita belum bersedia maka, tahanlah diri kita dari meraikan dan menceburi media ini kerana bimbang dakwah kita tidak kesampaian sekali gus membawakan kita ke luar kancah dakwah yang diniatkan pada dasarnya.

Oleh itu, kuatkanlah dirimu kerana Allah dan kenali dirimu maka, kamu akan mengenali akan tuhanmu kerana sesungguhnya, diri itu ada yang mendirikannya jika tiada yang mendirikannya maka, tiada berdirilah diri itu iaitu roh, jasad, akal, hati, dan nafsu.

 
 
 

Commentaires


Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page