top of page
Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search

KELEBIHAN ‘CLINIC MUET’

  • MARFIRATUN AZIZAN.
  • Apr 27, 2015
  • 1 min read

NILAI - Wakil pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM, telah menganjurkan sebuah program akademik “Clinic MUET” terbuka kepada 100 orang pelajar selama dua hari dan disampaikan oleh Pn. Umy Harlina Ibrahim, salah seorang tenaga kerja di English Language Teaching Centre Malaysia (ELTC).


“Program ini adalah adalah bertujuanmemberi pendedahan awal kepada mahasiswa tentang format sebenar peperiksaan MUET dan membantu mahasiswa fakulti ini terutamanya untuk mencapai Band tiga dan ke atas sepertimana yang telah disyaratkan oleh pihak fakulti untuk bergraduasi,” kata Noor Nabilah Ibrahim, 23, selaku ketua program.


Peperiksaan MUET juga diperkenalkan untuk merapatkan jurang dalam bahasa yang diperlukan antara pendidikan menengah dan pengajian tinggi dan MUET hanya diduduki oleh pelajar pra-universiti, matrikulasi, mahasiswa, pegawai kerajaan, dan seumpamanya.


Menurut Pn. Harlina Ibrahim ketika berucap, MUET merupakan sejenis sistem peperiksaan yang sangat skematik dari sudut pemarkahan dan sangat menguji pemikiran calon-calonnya dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“MUET adalah ujian bahasa yang standard untuk mengukur penguasaan bahasa pelajar yang berbahasa ibunda atau pun bukan berbahasa Inggeris yang menguji empat jenis kemahiran iaitu bercakap, membaca, menulis, dan mendengar,” kata beliau lagi.


Berdasarkan semua sampel dan penerangan, beliau telah berkongsi pelbagai tips dan strategi kepada para peserta yang terlibat untuk menguasai MUET dengan baik.


Beliau mendedahkan tentang konsep ‘blooms taxonomy’ yang sangat menguji aspek pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian dalam apa jua perlakuan kita.


Pada akhir proram, Pn. Haslina Ibrahim menyeru semua pserta agar berusaha dalam menguasai format peperiksaan ini dan medoakan kejayaan buat semua.

11175029_839784999392205_516828563651130171_n.jpg

Sebahagian pelajar yang mengikuti Clinic MUET.

11150612_839784282725610_8937104696913049971_n.jpg

 
 
 

Comments


Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page