ISLAM GALAKKAN BANGUN SEPERTIGA MALAM
- MARFIRATUN AZIZAN.
- May 7, 2015
- 2 min read
NILAI - Ceramah ‘Dating Sepertiga Malam’ yang disampaikan oleh seorang novelis terkenal, Ustazah Fatimah Syarha, bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah (FPQS), mendapat kunjungan ramai dari mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sendiri, semalam.
Sekretariat Rakan Muda USIM menganjurkan majlis ilmu ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, bukan sekadar cemerlang di bidang akademik semata.
“Walaupun kedatangan penceramah ini bukan julung kalinya di USIM, masih ramai mahasiswa yang memenuhi kerusi dewan, berminat untuk mendengar dari beliau, yang berjiwa tegas dalam kelembutan,” kata pengerusi majlis.
Ketika majlis dijalankan, semua yang hadir boleh membeli naskah buku tulisan beliau bersama suami, Dr. Farhan Hadi. Antara tajuk buku yang dijual, ‘Cinta Potato Spring’, ‘Cik Abang, Sudi Nikah Satu,’, dan banyak lagi.
Menurut penceramah, Ustazah Fatimah Syarha, Allah akan tegur kita melalui penyakit-penyakit kecil dahulu sebelum penyakit besar. Penyakit kecil termasuklah penyakit akhlak seperti malas, tiada semangat bekerja dan seumpanya.
“Sebaik-baik solat adalah solat malam (qiamullail), solat sunat sebagai pelengkap dan penampung kekurangan solat fardhu,” tegas beliau tentang hadia nabi s.a.w sewaktu menyampaikan ceramah.
“Persiapan sepertiga malam boleh menaikkan Islam sekali gus menegakkan sistem khalifah sepertimana yang dibuktikan oleh sejarah pimpinan Al-Fateh bersama tentera-tenteranya taat menunaikan solat sunat tahajjud.
Ustazah Fatimah Syarha berkata, kita mestilah menggunakan wayu, rasa dan fitrah untuk bangun sepertiga malam sebagai bukti hamba yang bersyukur dan cinta kepada Allah s.w.t.
“Terdapat pelbagai cara untuk menghidupkan qiamullail antaranya, Qailulah, tidak melewatkan makan malam, kuat tekad dan ilmu pengetahuan, cara kejutkan diri, tidur dalam wuduk, berjemaah, dan bersegera menyalakan lampu bila tersedar.
“Apabila kita membaca ayat-ayat Allah pada waktu sepertiga malam, kita akan dapat merasakan kesan yang lebih baik dari di waktu lain.
“Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang bersujud kepadaNya dan orang-orang yang menghidupkn malam dengan majlis ilmu,” tambah beliau lagi.
Buku tulisan beliau bersama suami bnyak terjual setelah selesai majlis kerana kebanyakan buku mereka mampu menjiwai remaja Islam, mahasiswa USIM terutamanya dalam bab panduan percintaan dan perkahwinan, begitu juga cinta Allah. Majlis berakhir dengan baik pada pukul 10.15 malam.

Ustazah Fatimah Syarha ketika berceramah di Dewan Kuliah Utama (DKU).
Comentarios