LATIH GUNA M16
- RAUHAH ZAKARIA
- May 7, 2015
- 2 min read


Sebahagian ahli persatuan yang menjalani latihan menembak.
NILAI – Berbekalkan minat untuk menyertai aktiviti lasak memberi peluang kepada pelajar untuk menggunkan M16 dalam latihan menembak bertempat di Lapang Sasar PDRM Ipk Melaka baru- baru ini.
Turut hadir, Timbalan Komandan Kor Suksis, Universiti Sains Islam Malaysia,
( USIM ), Datuk Asin bin Dollah turut sama menyaksikan latihan tembak pada kali ini.
Malah, Datuk Asin juga turun padang bersama- sama bagi menjalankan aktiviti tembak bersama pelajar dan pelatih lan dari Ipk Melaka ini.
Katanya, minat dalam aktiviti menembak ini perlu ada dalam setiap invidu dalam meningkatkan keberanian dan jati diri masing –masing agar mampu berdepan dengan sebarang masalah dan situasi yang datang.
“Pembabitan dalam aktiviti sebegini harus dipandang tinggi dalam melahirkan individu yang lebih cekal dan berani menghadapi ujian”.
“Beliau juga berani untuk sama – sama turun padang menjalankan aktiviti tembak ini dengan bersemangat”.
Salah seorang pelajar Nur Rauhah Zakaria 22, berkata, aktiviti tembak ini wajar diteruskan agar pelajar diberi peluang mengenal M16, sekali gus belajar menggunakannya.Ini penting kerana ilmu sebegini perlukan komitmen yang tinggi untuk mempelajarinya.
“Mula –mulanya saya merasa takut untuk menjalankan latihan tembak ini, akan tetapi tidak menyangka akhirnya beralih kepada minat untuk menembak lagi, ini kerana dengan aktiviti ini menjadikan saya lebih berani dalam menangani masalah di depan mata”.
Salah seorang peserta tembak Mohamad Aqil 21, ia juga mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin dalam mematuhi arahan serta menjalankan sesuatu dengan penuh teliti dan peka.
Program yang berlangsung pada 11 April 2015 bermula pada sebelah pagi dan selesai pada sebelah petang itu dihadiri seramai 187 orang peserta yang akan menjalankan aktiviti menembak dengan kedudukan meniarap dan dibekalkan dengan sepuluh butir peluru dengan jarak 100 meter.
Comments