PERUBATAN ISLAM SEBAGAI As-SYIFAA’
- RAUHAH ZAKARIA
- May 7, 2015
- 1 min read


Ahli penal sedang memberi penerangan mengenai perubatan islam.
NILAI – Kehadiran pelajar dalam forum perubatan islam sebagai penawar yang bertajuk ‘Allah penyembuhku, wahyu ubatku’ diterima baik oleh pelajar.
Turut hadir, dua orang perawat dari As- Syifaa’, Mohd Yusof Abdul Rahman, panel pertama dan Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussien, panel kedua dalam membahaskan tajuk perbahasan pada kali ini.
Beliau yang merupakan Perawat Darussyifa’ berkata, berpegang pada akidah, yakin Allah sebagai penyembuh segala penyakit. Perkara yang tidak mudarat dan tidak memudaratkan merupakan prinsip dan kaedah dalam perubatan islam.
“Sebagai perawat, berikhtiar dengan nama Allah dan pesakit bertawakkal dengan hasil berikhtiar adalah kaedah dan jalan terbaik dalam sesebuah perubatan islam”, katanya.
Menurutnya, Ibn Qayyim sebagai contoh ulamak yang mana bagaimana perubatan sihir yang dibuat oleh nabi dengan menggunakan ilmu perubatan islam.Hasilnya, jelas ia merupakan kaedah nabi dalam perubatan islam diguna pakai pada masa sekarang.
“Subhanaallah, sejauh mana kita merasa sakit, kita kembali kepada Allah”. Bahkan, dalam Al-quran, surah Al- Israq: ayat 72 Allah berkata, apa yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai syifa’.Ini terbukti Al- quran sebagai penyembuh segala penyakit.
Selain itu, ustaz Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, terlebih suka, perbuatan sendiri, amalan kita, dibaca ayat al-quran menjadi panas adalah beberapa tanda ganguan yang memerlukan perubatan islam.
Katanya, menjaga wudhuk, aurat, percakapan mampu menghindarkan diri dari terkena ganguan. “ Saya akui pelajar sering kali mendapat ganguan sebegini. Kuatkan semangat dan perbayakkan amalan seperti zikir mampu mengelakkan ganguan tersebut, katanya lagi.
Forum yang berlangsung pada Rabu, 29 April 2015 yang bertempat di Fakulti Quran dan Sunnah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya ilmu perubatan islam kerana Al – quran sebagai As – Syifa’.
Comments