top of page
Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search

DAKWAH DALAM FILEM

  • AMIRA MANSOR
  • May 8, 2015
  • 2 min read

P_20150423_174251_1.jpg

Penganjur bergambar kenangan bersama ahli panel dan pihak FDAM.

USIM- Panduan seni yang berunsurkan patuh syariah mampu mengubah persepsi para penggiat seni dalam menerbitkan sesebuah cerita mahupun filem.


Menurut kata-kata En. Syed Zulkifli Syed Masir, Timbalan Presiden FDAM dalam satu program apresiasi filem anjuran program komunikasi USIM dengan mengangkat tema ‘Apresiasi Filem Patuh Syariah’.


“Jika selama ini penggiat seni filem boleh patuh dengan panduan yang sedia ada mengapa tidak jika diwujudkan panduan yang berunsurkan patuh syariah”, jelas beliau.


Tambah beliau lagi, memang banyak cabaran yang perlu dilalui oleh pembuat filem, lebih-lebih lagi yang berunsurkan kepada patuh syariah. Namun mereka perlu bijak dalam menghadapi cabaran tersebut dan terus mengikut panduan yang telah tersedia.


En. Mior Hashim Manaf, pengarah Setulus Cinta Aqilah berkata bahawa, suatu kekangan atau halangan adalah asas dalam penghasilan filem kerana apa akhirnya ia mampu melahirkan suatu kreativiti.


“Jangan cepat berputus asa, pekakkan telinga dari mulut yang mencaci, terus yakin dengan apa yang dilakukan kerana ia merupakan senjata utama dalam mengangkat mertabat filem patuh syariah dalam dunia perfileman Malaysia”, ujarnya.


Kelainan dalam penyampaian daklwah dan persoalan yang kritikal telah menguji pemikiran para penonton merupakan satu keunikan yang terdapat dalam filem Setulus Cinta Aqilah dan A Seperation yang ditayangkan dalam program tersebut.


Dr. Maszlee Malik, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, filem merupakan satu alat yang terbaik dalam menyampaikan ideologi-ideologi yang berunsurkan islami


Sehubungan dengan itu, melalui filem patuh syariah ini kita boleh mempelajari tentang nilai dan realiti sebenar kamanusiaan yang mampu untuk menggambarkan tentang bunyi yang indah, unkapan yang berharga dan warna yang menarik.


Naili Husna Mohd Najib, pelajar jurusan komunikasi berkata, program sebegini mampu membuka mata pelajar tentang keadaan sebenar filem patuh syariah di Malaysia.


“Walaupun kita masih kekurangan filem berunsur patuh syariah yang sebenar tetapi sejak kemunculan tv Al-Hijrah, para penerbit mula berani untuk membuat filem yang ke arah patuh syariah”, ujar beliau.


Program yang diselitkan dengan forum interaktif ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Prof. Madya Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin pada 23 April lepas.


Bengkel short filem patuh syariah.

 
 
 

Comments


Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page