MAHRAJAN THAQAFI ARABIY (MATA 2.0) MERIAH
- RAUHAH ZAKARIA
- May 8, 2015
- 2 min read

Para ahli penal sedang memberi penerangan.

NILAI - Forum ilmu meriah dengan kehadiran tetamu jemputan dan para pelajar untuk turut sama dalam majlis ilmu pada kali ini yang bertempat di PKP, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, malam semalam.
Turut hadir, tiga orang tetamu jemputan khas dan terkemuka di Malaysia pada kali ini antaranya Tuan Hj. Zulkifli Wajihan (Presiden Muslim Care Malaysia), Ustaz Muhammad Nazmi Abd. Karim (Exco & Duta Muslim Care Isu Syria ) dan Aziz bin Osman ( Pengarah Filem, Ikon Selebriti Muslim Care Malaysia).
Tuan Hj Zulkifli yang merupakan presiden Muslim Care Malaysia yang juga merupakan pemenang bagi anugerah direktor terbaik telah banyak menyumbang bakti kepada negara yang ditimpa musibah.
Katanya, pada tahun 2004, musibah yang berlaku di Turki, perang di Afghanistan dan gempa bumi di Iraq dan sebagainya, beliau terpaksa mengumpulkan dana untuk diserahkan kepada kedutaan disana.
Dalam satu hadis menyebut, Barang siapa yang memberi minum, Allah akan memberi minum baginya dari air syurga dan barangsiapa memberi pakaian, Allah akan mengantikan baginya pakaian hijau di syurga kelak. Ini terbukti bahawa ganjaran yang besar di berikan Allah kepada ummat yang sentiasa mengingati kesusahan ummat lain.
“ Apa – apa perbuatan yang saya lakukan adalah kerana niat, betulkan niat untuk mendapat keredhaan dari yang maha pencipta. Tambahnya lagi, Berpuas hati dengan apa yang dibuat, dan berharap mendapat balasan yang baik dari Allah , akan tetapi, perbuatan hanya kerana keredhaan manusia tidak akan mendapat apa – apa daripada Allah malah merugikan diri sendiri”.
Katanya, sedekah jariah adalah harta kita yang sebenar di akahirat kelak. Kunci orang baik untuk berjaya di dunia juga di akhirat adalah dengan doa, usaha, ikhlas dan tawakkal, mampu mremacu kita kearah kejayaan yang hakiki.
Forum yang berlangsung pada pukul 8- 10 malam itu dihadiri oleh 80 orang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM) yang terdiri dari pelbagai bidang pengajian.
Comments