MINAT SERTAI SUKARELAWAN BAWA TUAH
- RAUHAH ZAKARIA
- May 8, 2015
- 1 min read


Sebahagian ahli Kor Suksis menjalani latihan kawad kaki.
NILAI – Minat menyertai aktiviti sukarelawan membawa tuah kepada seorang Sukarelawan Kor Suksis, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) , Abdul Rahman Razali, Fakulti Syariah dan Undang- Undang apabila terpilih sebagai penerima Sijil Latihan Luar Terbaik 2015.
Abdul Rahman, SUKSIS skuad 7, terpilih pada pemilihan Latihan Luar Tebaik 2015 yang berlansung di USIM, rabu lepas.
Malah, Abdul Rahman juga terpilih menerima sijil Keseluruhan Latihan Luar Terbaik yang merangkumi semua aktiviti termasuklah latihan menembak, latihan khidmat masyarakat, latihan kawad dan sebagainya.
Abdul Rahman berkata, beliau mengikuti setiap aktiviti sukarelawan dengan penuh komitmen dan berdasarkan minat yang kuat,namun tidak menyangka pembabitan aktif beliau selama ini memberi peluang kepadanya untuk merangkul sijil keseluruhan latihan luar terbaik 2015 itu.
Katanya, harapannya untuk menjadikan seorang sukarelawan itu sebagai inspirasi dalam kalangan pelajar untuk membabitkan diri dalam aktiviti persatuan. “ Pembabitan aktif dalam aktiviti,persatuan juga sering disalah dianggap akan mengurangkan prestasi pelajaran, namun sangkaan itu ternyata tidak benar”.
Sehingga kini, saya dapat mengekalkan keputuan cemerlang biarpun aktif dengan aktiviti sukarelawan”. Katanya ketika ditemui selepas selesai pemilihan latihan luar terbaik itu.
Beliau berkata, ia mampu dilaksanakan dengan baik sekiranya komitmen dan fokus dalam mengejar matlamat itu wujud dalam diri setiap individu.
Pelajar berasal dari Selangor itu akan menerima Sijil Keseluruhan Latihan Luar Terbaik 2015 dalam Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor Suksis IPTA Se- Malaysia kali ke -11 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn ( UTHM), Johor.
Pentauliahan yang dijangka berlangsung pada 16 Ogos 2015 ini.
Comments