top of page
Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts

MKS TEROKA POTENSI DIRI

  • AMIRA MANSOR
  • May 8, 2015
  • 2 min read

IMG-20150423-WA0015.jpg

Salah satu gerai yang mendapat sambutan hangat pada hari MKS.

USIM- Minggu Keusahawanan Siswa (MKS) menjadikan pelajar berani untuk meneroka potensi dalam diri mereka.


Menurut En. Syahiru Shafiai pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), MKS yang merupakan program terbesar universiti telah mampu mewujudkan suasana keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

“Selain dapat membentuk masyarakat yang mampu untuk berdaya saing ianya juga berperanan dalam mempraktiskan ilmu keusahawanan yang dipelajari dalam bentuk praktikal”, ujarnya lagi.


Program sebegini mampu memainkan peranan penting dalam menggalakkan generasi akan datang iaitu anak-anak muda untuk melibatkan diri dalam dunia keusahawanan dan mampu untuk membina perniagaan sendiri.

Tambahan aktiviti ini berpotensi untuk merialisasikan idea-idea mahasiswa yang kreatif, kritis dan berinovasi ke dalam dunia realiti.


Malahan ianya juga dapat mengajar para mahasiswa bagaimana untuk memikirkan strategi dalam menjana pendapatan, mengambil risiko dan menyelesaikan masalah. Hasil daripada aktiviti sebegini ianya dapat menjadikan seseorang pelajar itu daripada zero to hero.


“Saya berasa seronok dengan program sebegini kerana ianya memberi pengalaman baru kepada diri saya. Malah, saya dapat merasakan persiangan yang sihat antara pelajar. Selain itu, wujud semangat berpasukan yang padu dalam pasukan saya”, kata salah seorang peserta MKS Norliyana Hadli.


Manakala menurut Izni Husna aktiviti seperti ini dapat memupuk sifat bekerjasama dalam pasukan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan seperjuangan.


"Aktiviti ini dapat mengajar saya tentang kerjasama dalam melaksanakan suatu kerja dan saya akui kerja seperti ini tidak akan dapat saya lakukan seorang diri dengan adanya rakan seperjuangan segalanya dapat dilakukan dengan mudah", jelas beliau.


Sekitar 150 buah gerai telah dibuka pada hari MKS yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Asin Dollah. MKS yang telah berlangsung selama lima hari bermula 20 – 25 April 2015 di perkarangan Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) telah berjaya mengumpulkan para pelajar tahun tiga dari pelbagai fakulti melaksanakan aktiviti perniagaan kecil-kecilan.


 
 
 

Comments


Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page