top of page
Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search

Prof. YAHYA DEKAN BARU FKP

  • AMIRA MANSOR
  • May 8, 2015
  • 2 min read

11159479_839435649427140_520950775915066308_n.jpg

Prof. Yahya ketika menyampaikan amanatnya.

USIM- Dekan baru FKP, Prof. Madya Dr. Mohd Yahya Mohammed Ariffin telah menyampaikan tujuh amanatnya kepada hampir 300 orang mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan didalam Majlis Amanat Dekan yang berlangsung pada 24 April baru-baru ini.


“Sebagai anak melayu, kita perlu mempunyai jati diri, adab dan budi bahasa yang tinggi”, ujar beliau yang merupakan salah satu dari amanatnya.


Tambahan, beliau juga menyeru kepada mahasiswa agar menjaga adab dan etika sesame pensyarah seperti menghadirkan diri lebih awal ketika waktu belajar, tidak mengganggu waktu rehat pensyarah, fokus ketika belajar dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, untuk menjadi pelajar islam yang cemerlang perlu kepada penghormatan terhadap para pendidik.


Selain itu, beliau juga memberi penekanan terhadap aspek pemakaian mahasiswa dan menggalakkan mahasiswa serta kakitangan mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Mulai tahun 2015, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memotong sebanyak RM10 juta dari peruntukan USIM. Oleh itu, saya memohon agar semua kakitangan dan mahasiswa dpat melaksanakan dasar penjimatan terutamananya air dan elektrik”, kata beliau.


Selain dari menyatakan aspek keselamatan diri kalangan mahasiswa, beliau juga menyentuh berkaitan pencapaian akademik para pelajar yang kurang memuaskan, lebih-lebih lagi dalam peperiksaan MUET.


“Walaupun ramai mahasiswa FKP mendapat anugerah tertinggi ketika majlis graduasi, namun masih ramai yang tidak mencapai band 3 dalam peperiksaan MUET tahun ini”, jelas beliau dalam Majlis Amanat Dekan.


Oleh itu, pihak FKP telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan bengkel MUET secara percuma kepada mahasiswa.


Dalam amanat terakhirnya, beliau menyeru agar mahasiswa USIM dapat menjelaskan yuran yang tertunggak kerana membayar hutang itu adalah wajib bagi setiap orang islam.


Menurut Zaradah Mohammad, ucapan yang disampaikan oleh Dekan telah meningkatkan semangat beliau untuk terus maju dan berjaya dalam menuntut ilmu pengetahuan.


"Kata-kata yang disampaikan oleh Dekan telah membuatkan saya bersemangat untuk terus maju kehadapan walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran kerana untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang kita perlu kepada pengorbanan", jelas beliau.


Manakala menurut Zulaiha Omar, sebagai pelajar FKP mereka harus sentiasa kehadapan dalam sudut kepimpinan.


"Seiring dengan nama fakulti itu sendiri, kita sebagai pelajar FKP perlu sentiasa kehadapan dari sudut kepimpinan berbanding dengan fakulti yang lain", ujar beliau.


Majlis amanat yang diadakan bersempena perlantikan dan penstrukturan kedekanan baru FKP. Dimana, Prof. Mohd Yahya Mohamed Ariffin telah dilantik menjadi dekan yang baru dan menggantikan Prof. Zulkifli yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor.


 
 
 

Comments


Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page