TANGGUGJAWAB IBUBAPA TERHADAP INTERNET
- AMIRA MANSOR
- May 8, 2015
- 2 min read

Gambar Hiasan.
Di era perkembangan teknologi kini, internet telah menjadi salah satu medan teknologi yang amat penting dan utama dalam kehidupan seharian manusia.
Hal ini kerana, hanya internet sahaja yang mampu membawa kepuasan dalam diri seseorang pengguna. Oleh sebab itu, isu penyalahgunaan internet acapkali berlaku.
Oleh itu, sebagai seorang pengguna internet mereka harus tahu tentang kebaikan dan keburukan dalam mengakses sesuatu maklumat.
Lebih- lebih lagi mereka yang bergelar ibubapa.
Berikutan daripada penggunaan internet yang kebanyakannya terdiri dari golongan kanak-kanak dan remaja.
Hasil kajian yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 92.8 peratus responden mengatakan ibubapa bertanggungjawab dalam memerhatikan penggunaan internet terhadap anak-anak mereka.
Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah perlu kepada ibubapa itu untuk mempelajari dan mengetahui cara-cara penggunaan internet.
Dengan itu, ianya dapat memudahkan mereka untuk mengawal aktiviti anak-anak mereka dalam melayari internet.
Berikut adalah tanggungjawap yang harus dilakukan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan internet:
Menerap dan memberi didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana, dengan adanya didikan agama ianya dapat menjadi benteng yang ampuh yang dapat menangkis dan mendidik anak-anak dan remaja agar dapat mengelakkan diri dari mengakses laman yang berunsur negatif. Persis kata peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Apabila mereka diterapkan dengan nilai-nilai murni ini mereka akan menjadi lebih bijak dalam penggunaan internet.
Menghadkan penggunaan internet. Dengan adanya peraturan sebegini ianya dapat mendisiplinkan diri anak-anak mahupun remaja dari penggunaan internet yang berterusan dan bagi menggelakkan dari keruntuhan moral. Bahkan, ianya dapat menggalakkan mereka melakukan aktiviti riadah yang menyehatkan.
Memantau aktiviti pengaksesan internet anak-anak. Jaringan internet ini tidak mempunyai batasan, apabila ‘pintunya’ dibuka maka pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya satu klik. Oleh itu, dengan adanya pemantauan dari ibubapa ianya mampu menghindarkan diri anak-anak mereka dari melayari laman sesawang yang berunsur pornografi mahupun melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang siber.
Ibubapa menunjukkan tingkah laku yang baik. Sebagai ibubapa mereka sendiri harus pandai dalam memaparkan kelakuan yang positif kepada anak-anak mereka iaitu dengan menghindarkan diri dari melayari laman sesawang yang negatif secara berselindung mahupun secara terang-terangan. Hal ini kerana, anak-anak mudah untuk meniru kelakuan yang dilakukan oleh orang tua mereka. Bak kata perpatah ‘anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya’.
Comments